CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Islamic Widget

Thursday, December 20, 2012

Syabab Pilihan???




Remaja Dan Masalah Hati..

Syabab Pilihan???

Salam ‘alaik buat semua sahabat-sahbat yang ana kasih, apakata kita tanya satu soalan kepada diri kita.

Apa Khabar Iman???
Nafsu pula bagaimana???
Neraca Amal pula Kanan Atau kiri yang lebih BERAT???

Fenoma mencari Imam untuk kita menjadi makmum buatnya, menjadi berleluasa begitu banyak sekali pada masa kita…ye memang tidak dinafikan fitrah manusia untuk mencari pasangan hidup yang soleh wa solehah, namun seperkara kita lupa tentang tanggungjawab untuk menjadi seorang muslim wa muslimah yakni hamba Allah yang bertaqwa kepadanya.

PERSOALAN UTAMA : ADAKAH KITA BERHIJRAH KERANA SYABAB ATAU KERANA ALLAH???

“Daripada Amirul Mukminin Abu Hafs 'Umar ibn al-Katthab Radhiallahu ‘anhu beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam bersabda:
Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.







Penekanan yang ana nyatakan dalam pengajaran hadis adalah :

i.            Hijrah adalah suatu peristiwa besar dalam Islam di mana umat Islam diperintahkan berhijrah. Sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan Rasul-Nya, dia akan dikurniakan pahala besar, sebaliknya jika kerana dunia atau perempuan, maka dia hanya mendapat apa yang diniatkannya.

ii.            Walaupun hijrah sudah tiada lagi, namun hijrah dengan makna meninggalkan maksiat kepada melakukan taat juga dianggap hijrah yang akan dikurniakan pahala

Jadi mungkin kita mahu berubah untuk mendapat syabab yang soleh, berserban, berjubah, seorang hafiz dan sebagainya, itu hanya pada luaran bagaimana pula dari segi dalaman, tidak dinafikan manusia akan menjadi pemangkin ( Catalyst ) dalam usaha kita berhijrah, tetapi di khuatiri hijrah itu bersifat sementara, analogi keadaan begini, andai orang yang kita berubah kerana dia, hilang dalam hidup kita, satu  persoalan, adakah kita akan tetap dalam landasan yang betul, atau penyakit hati mrnjadi lebih carca merba, kita mungkin akan kembali kepada jalan yang menyimpang, maka berhijrahlah kerana Allah SWT, sesungguhnya tiada nikmat yang lebih nikmat selain daripada nikmat Islam dan Iman.

Jangan risau tentang soal jodoh, kita behijrah kerana Allah, InsyaAllah dijalan Allah juga kita bertemu.
Berpeganglah pada janji Allah SWT dalam Surah An-Nur ayat 26

Lazimnya perempuan-perempuan  yang  jahat  adalah  untuk  lelaki-lelaki  yang  jahat, dan  lelaki-lelaki  yang  jahat untuk  perempuan-perempuan  yang  jahat  dan  (sebaliknya)  perempuan-perempuan  yang  baik  untuk  lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan- perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang- orang (yang jahat) mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan  pengurniaan  yang mulia

Konklusinya Mantapkan Aqidah kita kerana Allah, Moga dalam pencarian Mardhatillah kita sentiasa mendapat manafaat, serta mampu member manafaat kepada orang lain.

Monday, December 17, 2012

Kerugian Bagi Wanita Yang Menolak Perkahwinan


Penulis  : Serban Hijau


Hari ini terdapat segolongan wanita yang menolak perkahwinan. Antara sebabnya ialah kerana memandang perkahwinan sebagai satu bebanan yang menyekat kebebasan. Bila berkahwin, kuasa mutlak dalam menentukan hidup mula berubah dan terpikul pula dengan kerja-kerja mengurus rumahtangga dan anak-anak.


Justeru itu ramai yang lebih rela menjadi andartu walaupun pada hakikatnya, ianya tidak dapat memberi kebahagiaan pada jiwa. Ada juga yang tidak berkahwin disebabkan terlalu memilih calon yang sekufu dan ada yang tidak sempat memikirkan perkahwinan kerana terlalu sibuk dengan tugas-tugas dan kerjaya masing-masing.


Kami akan menceritakan tentang kerugian yang dialami oleh wanita yang tidak mahu bekahwin; tetapi bukan kepada wanita yang tidak berkahwin kerana tiada jodoh. Kalau sudah tidak ada jodoh, wanita tersebut tidak boleh dipersalahkan kerana sudah takdir menentukan demikian. Masalahnya sekarang, terdapat wanita yang mempunyai peluang untuk berkahwin tetapi menolak dengan alasan-alasan sepertimana yang disebutkan di atas tadi.


Perkembangan tentang wanita yang tidak gemar berkahwin bukan sahaja berlaku di dalam masyarakat bukan Islam tetapi juga berlaku di kalangan masyarakat Islam. Sikap demikian bukan sahaja bertentangan dengan kehendak ajaran Islam yang menggalakkan perkahwinan tetapi juga bertentangan dengan fitrah semulajadi manusia yang hidupnya memerlukan pasangan. Bahkan sunnatullah kejadian manusia, ada lelaki dan ada wanita yang saling memerlukan antara satu sama lain. Ibarat talian elektrik yang memerlukan positif dan negatif untuk melahirkan cahaya.


Di Singapura, walaupun terdapat di dalam masyarakat Islam sikap memilih hidup membujang tetapi tidak begitu berleluasa sepertimana di barat. Walaupun demikian, pada pandangan Islam, orang yang tidak berkahwin dianggap jelek. Menyerupai para pendita Kristian. Golongan ini juga tidak akan mendapat kesempurnaan dalam agama dan mengalami kerugian di dunia dan di akhirat. Kejelekan tidak berkahwin khususnya bagi kaum wanita, adalah lebih banyak berbanding dengan lelaki. Kerana umumnya bagi kaum wanita, pintu syurga lebih banyak bermula dan berada di sekitar rumahtangga, suami dan anak-anak.

Amat mudah bagi kaum wanita untuk mendapat maqam solehah dan menjadi ahli syurga di akhirat.

Ini berdasarkan sabda Rasulullah: "Sekiranya seorang wanita dapat melakukan empat perkara iaitu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga maruah dan taat kepada suami maka masuklah syurga mana-mana yang ia kehendaki."


Sekiranya seorang wanita itu tidak berkahwin, ia tidak akan dapat mencapai kesempurnaan pada maqam yang keempat. Walau sehebat mana sekalipun ia bersembahyang, berpuasa dan menjaga maruah, wanita yang tidak berkahwin tidak akan mendapat kelebihan pada mentaati suami. Sedangkan kelebihan mentaati suami mengatasi segala-galanya bagi seorang wanita, sehinggakan redha Allah pun bergantung kepada redha suami.




Selain daripada itu di antara kelebihan wanita yang berkahwin bahawa ia akan diberi pahala seperti pahala jihad fisabilillah (berjuang di jalan Allah) di kala mengandung. Apabila ia menyusukan anak maka setiap titik air susu akan diberi satu kebajikan. Berjaga malam kerana mengurus anak akan diberi pahala seperti membebaskan 70 orang hamba. Wanita yang berpeluh kerana terkena bahang api ketika memasak untuk keluarganya akan dibebaskan daripada neraka. Bagi wanita yang mencuci pakaian suaminya akan diberi 1000 pahala dan diampuni 2000 dosa. Lebih istimewa lagi ialah bagi wanita yang tinggal di rumah kerana mengurus hal-hal berkaitan anak-anak akan dapat tinggal bersama-sama Rasulullah saw di syurga kelak. 

Bahkan wanita yang rela dijimak oleh suami juga akan mendapat pahala dan lebih hebat lagi bagi wanita yang mati kerana bersalin akan mendapat pahala seperti pahala syahid.


Semua kelebihan-kelebihan ini tidak akan dapat diperolehi bagi wanita yang menolak perkahwinan. Malahan kedudukan mereka di dunia akan selalu berada di dalam fitnah dan di akhirat menjadi golongan yang rugi. Oleh itu wanita dianjurkan berkahwin apabila telah menemui pasangan yang sekufu. Yang dimaksudkan sekufu yang utama ialah dari segi iman, walaupun lelaki tersebut telah berkahwin.

Sabda Rasulullah saw: "Apabila datang kepada kamu lelaki yang beragama dan berakhlak maka kahwinlah dia, kalau tidak akan timbul fitnah dan kebinasaan.

Para sahabat bertanya, "Bagaimana kalau ia telah berkahwin?" Jawab baginda, "Kahwinilah juga ia (diulang sebanyak tiga kali)." 

Begitulah besarnya pahala bagi wanita yang berkahwin. Tidak perlu bersusah-payah untuk keluar rumah seperti kaum lelaki atau berslogan seperti kebanyakan wanita hari ini. Hanya dengan duduk di rumah sebagai seorang isteri dan ibu sudah memperolehi pahala yang banyak. Kalau suami redha dengan perlakuan seorang isteri itu maka akan terus masuk syurga tanpa melalui kesukaran. Nikmat ini tidak akan dapat diperolehi oleh wanita yang menolak perkahwinan kerana dia telah menolak untuk menjadi calon wanita solehah yang berada di bawah naungan suami.

Thursday, October 4, 2012

Opppss Remaja & Fenomena Kahwin Muda

Remaja dan Fenomena Kahwin Muda...

Assalamualaikum wbt, buat sahabat-sahabat ana yang amat ana kasihi...

Sebagai Remaja ramai diantara kita yang mahu bernikah muda namun persiapan dalam diri masih lagi belum lengkap...jika dari teori barat semata-mata kita memerlukan kesedian diri dari segi " Fizikal dan Emosi"

NAMUN!!!

Seperkara yang kita tertinggal apakah sebenarnya matlamat pembentukan "Baitul Muslim" pada kaca mata Islam???

~~ Aku ingin mencari Imam yang dapat memimpinku, aku ingin mencari mujahid yang sudi berjuang bersamaku, aku ingin mencari mardhatilah bersama bakal zaujku yang belum pasti dimana dia, apa khabar imanmu wahai bakal zaujku~~

STOP DOING THIS PLEASE!!!

ana, bukan nak mempertikaikan sesuati, tidak di nafilkan cinta itu fitrah, namun persoalan utama yang sepatutnya kita tanykan pada diri kita sendiri...

Q : " ADAKAH AKU FAHAM APA ITU BAITUL MUSLIM?"
A : "Mungkin YA...mungkin TIDAK"

APA ITU " BAITUL MUSLIM???"




inilah dia bagaimana Islam meletakkan kapasiti Baitul Muslim itu sebagai tangga Tarbiyyah Islamiah dalam pembentukan UMMAH, bukan sekadar untuk menutup tuntutan NAFSU di jalan yang HALAL sahaja.

Maksudnya: Daripada Abi Masud r.a berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Wahai para pemuda! Sesiapa yang mampu di kalangan kamu, maka kahwinlah kerana ia (dapat) menundukkan pandangan mata, menjaga kemaluan, barang siapa yang tidak mampu, maka hendaklah ia berpuasa kerana puasa adalah penegah untuknya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Ye tidak dinafikan sebagaimana dalam Hadis yang diriwayat oleh Bukhari dan Muslim tentang perihal kepentingan bernikah muda, seperti mana juga dalam kita Penawar Bagi Hati yang juga menyatakan terdapat 7 anggota yang harus dijaga dan diantaranya adalah " Mata"  dan " Faraj" yang menjadi yang tempat nafsu bermaharaja lela jika tidak di jaga..tetapi yang mengawalnya adalah Iman dan Taqwa kita kita sebenarnya


Jadi satu sahaja pesanan ana, sebelum antum menjejakan kaki ke alam Baitul Muslim maka persiapkanlah diri antum dengan ilmu-ilmu agama, ingat !!!

"Baitul Muslim ini ibarat MEDAN PERANG, yang akan menentukan KEJAYAAN ataupun KEGAGALAN antum dalam membentuk BAITUL MUSLIM bergantung pada PERISAI DA'WAH, TAQWA serta TARBIYYAH dalam DIRI"

Akhirnya barulah kita dapat merasakan nikmat syurga ataupun sebaliknya dalam baitul musli....

p/s : Nasihat untuk ana sendiri yang masih solo....hehehe >.<


Monday, March 26, 2012

Ya Allah aku tak mampu Lagi.....

Ya Allah apa dayaku..aku tidakm mampu lagi...apa yang aku inginkan adalah mendebgar alunan ayat Al-QuranMu yang menenangkan hatiku di cuping telingaku...aku tak mampu lagi menanggung rasa sakit, penat dan letih yang menganggu jiwaku ya Allah....hanya padaMu akuberserah..

Aku tak mampu lagi melihat mereka melakukan sesuka hati mereka....Ya Allah bantulah aku dalam memperjuangkan agamaMu...menenggakkan syiarMu...Ya Allah...aku bersyukur kerana kau memberikan aku para sahabat yang memahami masalah aku, jiwa aku....itulah segala pecaturanMu....

Aku sedih!!!!!!.....Sedih yang terlampau.......tidak pernah aku rasakan sebegini....aku rasa lemah.....tak mampu............lemah selemah-lemahnya...kenapa...aku jadi begini.....

Wednesday, March 14, 2012

La Tahzan Innallaha Manna


Saya ada tebaca post rakan FB tentang masalah keluarga yang hadapinya...sebagai seorang muslim...jangan menganggap masalah keluarga itu tiada jalan keluarnya...setiap ketetapan Allah itu ada hikmahnya...jika mahu berterus terang mungkin akan menyebabkan masalah lebih besar...jalan yang terbaik adalah menjadi Qudwah Hassanah dalam keluarga...mulakan dengan adik-adik kemudian barulah kedua ibu bapa...seterusnya berdoalah....Allah tidak akan menguji seseorang itu melebihi kemampuan makhluknya...

Dan Ujian Allah terhadap kita adalah bukti CintanNya kepada kita...La Tahzan Innallahha maanna ♥

تبسم فإن الله ما أشقاك إلا ليسعدك
1- Senyumlah… Sesungguhnya apa yang bebankan atau menyusahkan kita, adalah untuk membahagiakan kita.

وما أخذ منك إلا ليعطيك
2- Apa yang Allah SWT ambil dari kita adalah akan dianugerahkan di Akhirat kelak.

وما أبكاك إلا ليضحكك
3- Apa yang Allah SWT menyebabkan kita menangis, adalah kerana Allah ingin melihat kita ketawa di akhirat kelak.
وما حرمك إلا ليتفضل عليك
4-Apa yang Allah SWT haramkan untuk kita adalah supaya kita mendapat kebaikkan daripadanya.

وما ابتلاك إلا لأنه يحبك
5-Apa yang Allah SWT turunkan atau timpakan bala adalah tanda Allah SWT mencintai kita.

جعلك الله ممن نادى بهم الملائكه قائلاً: إني أحب فلان فأحبوه
Semua mereka yang menerima bala atau ujian Allah SWT, Allah SWT akan arahkan Malaikat untuk menjemput kita di Akhirat kelak dengan FirmanNya :

Sesungguhnya Daku mencintai si fulan kerana Si fulan telah terbukti mencintai Daku

Sunday, January 22, 2012

Wanita Di Dalam Agama

Kedudukan dan Martabat Wanita melalui Agama...

Didalam Al-Quran dan hadis :

Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: “...dan bergaullah dengan mereka (isteri-isteri) 
dengan pergaulan yang baik...” (Surah An-Nisa’: 19)


Firman Allah s.w.t. di dalam Al-Qur’an lagi yang bermaksud: “...dan para wanita (isteri)
mempunyai hak yang seimbang dengan kewajipannya menurut cara yang makruf (baik)...” 
(Surah Al-Baqarah: 228)


Rasulullah s.a.w. juga pernah ditanya: “Apakah hak seorang isteri atas suaminya?” 
Rasulullah s.a.w. pun menjawab: “Engkau memberikannya makan jika engkau makan, 
engkau memberinya pakaian jika engkau berpakaian, dan janganlah engkau memukul 
mukanya, atau menghinanya (menyatakan bahawa dia tidak cantik dan sebagainya) dan 
janganlah engkau meninggalkannya kecuali di tempat tidur” ( Hadis Hasan yang diriwayatkan
 oleh Abu Daud r.h.l.)

Rasulullah s.a.w. bersabda lagi yang bermaksud: “Kewajipan kamu (suami) ke atas isteri 
adalah dengan berbuat baik kepadanya, memberi makanan dan pakaian kepadanya.”
(Hadis Sahih yang diriwayatkan oleh At-Tirmizi r.h.l.)
Jelaslah bahawa, ajaran-ajaran Islam menitikberatkan soal penjagaan terhadap wanita dan 
meletakkan hak-hak yang tinggi dan mulia kepada bagi wanita, yang tidak ada pada agama-
agama selain daripada Islam



Kedudukan Wanita dalam Perbandingan Agama:





Dalam konteks agama Hindu, status wanita mempunyai kontroversi. Di dalam kitab suci 
Manu Smriti yang menjelaskan tentang undang-undang agama Hindu disebutkan: “Jangan
percaya pada wanita. Jangan duduk berseorangan dengan wanita walaupun dia ibumu, anak 
perempuanmu, atau anak saudaramu, kerana mereka akan menggodamu.”




Dalam Manu Smriti 7:416-417 dijelaskan: “Seseorang isteri, anak dan hamba tidak boleh 
memiliki sebarang harta. Harta yang mereka peroleh adalah milik tuan (lelaki) yang 
menguasau mereka.” Dalam kitab yang sama juga menegaskan bahawa: “Tidak ada 
kemerdekaan bagi wanita dalam masyarakat.”





Dalam agama Judaisme (Yahudi) pula, banyak ajaran-ajaran yang menghina kedudukan 
kaum wanita. Contohnya, dalam Perjanjian Lama ia menyebut: “Tidak ada kejelikan yang 
setanding kejelikan wanita... Dosa bermula daripadanya dan kerananya kita terpaksa mati.” 
(Ecclesiasticus: 19 dan 24)



Dalam Talmud San. 71a, Git. 62b menegaskan bahawa: “Bagaimana seseorang wanita boleh
memiliki apa-apa kerana apa saja yang dimilikinya adalah milik suaminya.”



Dalam agama Kristian pula, Hawa dianggap sebagai punca kesalahan Nabi Adam a.s. maka 
Hawa dihukum. Jesteru itu, wanita diarahkan supaya sentiasa tunduk kepada lelaki.

Wednesday, November 23, 2011

Artis Korea..jadi Idola?Kenapa Bukan Rasulullah dan Para Sahabat,serta Mujahid dan Mujahidah ^^

Assalamualaikum wbt....

Apa yang saya dapat lihat pada masa kini, kebanyakan muda mudi tidak mengira peringkat umur, terlalu taksub dengan artis-artis korea..bukan menyalahkan mana-mana pihak ataupun menghalang minat masing-masing tetapi apakah kesan daripada menjadikan aris tersebut sebagai idola termasuklah dari cara pemakaian, pembentukan akhlak dan peribadi kita khusunya sebagai muslim...saya percaya dengan ungkapan ini:

" You are what you eat, and you are what you Read"

Jadi....you are what you watch and you are what hu listen to "

Jika santapan minda berdasarkan hiburan semata-mata...makanan rohani bukan lagi zikrullah tetapi nama-nama artis korea yang meniti dibibir..begitu juga di hati..sedangkan al-quran dan zikir kepada Allah yang seharusnya menjadi santapan rohani buat penenang jiwa...





Allah berfirman di dalam al-Quran;

“Wahai sekalian manusia! makanlah dari apa yang ada di bumi yang HALAL lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana Sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh Yang terang nyata bagi kamu”. (al-Baqarah: 168)

“Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu, Iaitu yang HALAL lagi baik, dan bertaqwalah kepada Allah Yang kepadanya sahaja kamu beriman”. (al-Maidah: 88)

Apa yang saya mahu tekankan disini bukan maksud makan halal itu datangnya dari apa yang kita makan sahaja..tetapi apa yang menjadi santapan rohani kita juga mestilah Halal...jika si lelaki mengilai artis korea yang agak seksi dan nama artis tersebut sentiasa meniti dibibir itu akan menjadi santapan rohani yang tidak baik...dan juga si perempuan sebaliknya...


Tidak perlu risau jika ada yang menyatakan kamu tidak mengikut arus zaman, tetapi risaulah kamu tatkala kamu hanyut dari jala Allah...tak perlu kamu gusar jika ada yang menyatakan kamu kolot...tetapi gusarlah kamu..tatkala...sinar iman semakin malap di dalam hatimu...Jadi  YGen...( Youth Generation ) Jadikanlah Rasulullah SAW sebagai idola....jadikan para Mujahid dan Muajhidah sebagi contoh..berimanlah kamu kepada Allah, Malaikat,kitab-kitab,Rasul-Rasul, Hari Kiamat serta Qada' dan qadar...