CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Islamic Widget

Sunday, May 29, 2011

Nota-Nota Cinta Buatmu Bakal Suamiku

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum W.B.T

  1. “Entry” pada hari ini merupakan perkongsian arikel dari iluvislam…yang bertajuk Nota Cinta Buatmu Bakal Suamiku dan Nota Cinta…

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani …walaupun saya masih lagi belum bernikah dan juga masih belum lagi bertemu dengan jodoh saya namun…ingin saya memberikan pesanan kepada lelaki yang bakal menjadi suamiku...

"Tidak ku memilihmu kerana hartamu, mahupun rupa parasmu ataupun keturunanmu, apa yang ku mahu cuma agar engkau sebagai seorang suami dapat membimbingku dan zuriatmu ke jalan yang Diredhai Allah S.W.T. dan didiklah kami dengan ketegasan serta kasih dan sayangmu dan lengkapilah kami dengan ilmu didunia dan akhirat…Cuma itu yang ku harapkan kepadamu bakal suamiku…"

~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~

“Dinikahi wanita itu kerana empat perkara; kerana hartanya, keturunannya, kecantikkannya dan

agamanya. Maka pilihlah dalam hal keagamaannya. Nescaya beruntunglah kedua-dua tanganmu.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

“Kerja, kerja, dan kerja. Aku bosan dengan semua ini.”, getus hati kecil Izhar yang merasakan hidupnya sekarang sunyi dan sepi.

Izhar merupakan seorang peguam di mahkamah syariah dan bertugas sebagai seorang pendakwa raya.

”Hari-hari berhadapan dengan kes-kes penceraian, khalwat…”, bagaikan tertekan dengan kesibukan kerjayanya sehingga diri sendiri seakan tidak terurus.

“Hidup bersahabat memang berbeza dengan hidup berteman...”, tiba-tiba sahaja tersentuh hati Izhar untuk mencari pasangan setelah sekian lama dia hidup bersendirian.

Dengan ini, bermulalah kisah Si Ustaz dalam mencari pasangan hidupnya. Dengan langkahnya pertama, usaha Izhar telah bertemu dengan seorang gadis. Namanya Alfatunnisa’. Cantikkan namanya, begitulah juga parasnya, secantik namanya. Gadis ini adalah rakan sekampus kawan Izhar semasa menuntut di Jepun dahulu.

Alfatunnisa' adalah anak orang ternama, anak Tan Sri Ahmad. Gugup juga Izhar apabila hendak berhadapan dengan Tan Sri. Tetapi itu dulu, sebelum Izhar kenal dengan Tan Sri. Sekarang hubungan mereka nampaknya sudah rapat seperti saudara sendiri. Mungkin itulah yang dikatakan jodoh. Sebenarnya perkenalan dengan gadis ni bukanlah lama, sekejap saja. Mereka memang merancang untuk mendiri

kan rumahtangga bersama namun semakin lama dikenali, gadis itu seakan sudah banyak berubah.

”Mungkin ini bukan jodohku, aku tak tahu erti cinta...adakah aku tertarik padanya ataupun pada hartanya...Nauzubillah, ya Allah..selamatkan diriku daripada godaan syaitan...”, hati Izhar berbisik dan berdoa sendirian.

Pada langkah pertama, Izhar gagal menemui cinta hatinya. Pencarian Izhar tidak berakhir hanya di situ. Akhirnya semasa menguruskan kes anak guamannya, Izhar tertarik pula dengan anak kepada anak guamannya. Surina namanya, berasal daripada keluarga yang sederhana, Orangnya bijak bekata-kata. Akhirnya Izhar terpancing jua. Sesungguhnya Allah mengetahui segala-galanya.

Pada suatu hari, Izhar terserempak dengan Surina di salah satu pasar raya berdekatan bersama seorang jejaka, mesra sekali lagak mereka. Setelah disiasat, sungguh tidak disangka-sangka bahawa Surina yang sangat petah dan bijak berkata-kata selama ni sanggup berdusta dan mengambil kesempatan. Surina sebenarnya bekerja di kelab malam.

”Astaghfirullahal azim..alhamdulilah, daku bersyukur padamu ya Rabbi, Engkau menyelamatkanku daripada segala bencana, sekiranya aku berkahwin dengan keturunan seperti ini, amatlah pedih untuk aku melalui sisa-sisa hidup ini…”, syukur Izhar atas segala petunjuk daripadaNya.

Setelah kecewa dengan gelagat cinta yang baru ditemui itu, Izhar sepertinya sudah putus harapan. Bagi Izhar, biarlah masa yang menentukan kerana dia yakin akan ketentuan Allah.

Bulan silih berganti, hari demi hari, putaran jam meninggalkan masa-masa yang lalu. Izhar semakin sibuk dengan menguruskan firmanya. Suatu hari, Izhar menghadiri mesyuarat untuk satu program yang disertainya, program "Selamatkan Jiwa". Mesyuarat pada hari itu pula melibatkan seluruh mahkamah syari’ah di kawasan tersebut. Dalam kalangan ahli jawatankuasa yang datang, Izhar terpandang ke arah seorang wanita yang dirasakan amat berbeza dengan wanita-wanira lain. Sangat pendiam orangnya.

Diam-diam ubi berisi, namun apabila melontarkan idea, cukup bernas! Memang cantik orangnya. Sopan dan berjubah adalah penampilan yang dipilih. Tidak hairanlah kerana gadis ini merupakan alumni Universiti Al-Azhar, dan ayahnya adalah imam di kampungnya. Izhar akhirnya mengambil kata putus untuk menulis sepucuk surat untuk menyatakan isi hatinya.

Salam perkenalan buat saudari Sa’adatul Sakinah...

Dengan lafaz bismillahhirrahmanirrahim, saya meminta izin daripada saudari untuk mengenali dengan lebih dekat lagi. Saya amat tertarik dengan saudari, pandangan mata yang penuh keihklasan melontarkan idea-idea yang bernas untuk melakukan kebajikan di jalan Allah. Mungkin Allah telah mempertemukan kita, dalam situasi yang sama.

Dirimu yang sempurna, memperjuangkan kalimah suci Allah membuatkan saya tertarik dengan saudari. Tidak sepertimana perempuan-perempuan di luar sana yang pernah saya kenali. Andainya diri tidak berpunya, izinkan saya untuk melamar awak sebagai isteri saya yang sah.

Ikhlas, Izhar...

Wassalam saudaraku Muhd Izhar...

Buat saudara yang baru ku kenali, sesungguhnya pertemuan dan perpisahan adalah milik Allah, Dialah yang berhak mengaturkan segalanya. Sudi-sudikanlah menghayati nota-nota yang ku tulis buatmu...

Wahai saudaraku...Cinta pertama mengukir peristiwa, menguggat pelbagai perkara. Ketahuilah saudara, jangan mempercayai pada pandangan mata, ia hanya pandangan syaitan durjana. Usah memujiku lebih darinya, kiranya diri ini masih kurang seadanya, idea hanyalah pandangan manusia, belum tentu betul pada pandangan yang Esa. Sempurnaku tak sempurna Nabiku, kerana aku hanya manusia biasa, dan ketahuilah sahabat, manusia tidak akan pernah sempurna.

Wahai saudaraku...janganlah kau membanding-bandingkan diriku dengan insan lain, sesungguhnya Allah tidak menyukai hambaNya mempersoal mengenai keburukan mereka. Kiranya engkau membenci kemaksiatan, tugasmu adalah membawa mereka berhijrah dan tidak sesekali berhujah untuk menyemarakkan lagi hati mereka.

Kirannya aku jatuh cinta padamu, itu kerana aku jatuh cinta pada kesederhanaanmu, dan kiranya aku membenci dirimu, tidak bermakna aku membenci dirmu, tetapi aku membenci egomu. ingatlah wahai Adam, manusia adalah sama, hiris tangan, pastinya darah yang mengalir adalah merah. Hanya Allah yang dapat membezakan hambanya, dan kita sebagai hamba tidak layak untuk membuat penilaian.

Andainya kamu mencintaiku kerana Allah yang maha Pencipta..Sesungguhnya aku belum berpunya, diriku hanyalah untuk Dia. Aku menerima lamaranmu dengan hati yang terbuka, Kiranya ini menambahkan ketaqwaanku padaNya. Inilah nota-nota cintaku buatmu lelaki yang akan bergelar suami…

“Astaghfirullahal ’azim...Astaghfirullahal ‘azim…Astaghfirullahal ‘azim… Ampunkan dosaku ya Allah. Sesungguhnya selama ini aku telah tewas dalam permainan cinta. Terlampau mengejar cinta, aku telah melakukan dosa pada mereka. Sesungguhnya diriku kerdil di hadapanMu ya Rabbi. Aku sememangnya tidak layak untuk menghukum manusia, sesungguhnya aku seorang hamba seperti mereka..”, doa Izhar selepas menunaikan solat tahajjudnya.

Izhar kini bersyukur kerana telah dikurniakan oleh Allah seorang isteri yang solehah, mampu memandu hidupnya dan saling melengkapi dan memperbaiki dalam kesilapan masing-masing. Dia tersedar akan kesilapannya terhadap Surina dan Alfatunnisa yang gagal menemukan mereka kepada kebenaran.

Yakinlah bahawa sesungguhnya jodoh itu rahsia Allah dan masanya pasti akan tiba...

- Artikel iluvislam.com


Thursday, May 26, 2011

Jodoh...Tak Boleh Delete ^___^


Assalamualaikum W.B.T.

“Entry” hari ini bertajuk

“ Jodoh…Tak Boleh Delete”…

Jodoh yang tertulis kemas di luh mahfuz, Salah satu rahsia agung yang tersembunyi dari pengetahuan hamba-Nya selain urusan umur, rezeki dan maut.

Apabila berbual tentang jodoh dengan rakan sekerja. Ramai muda-mudi yang

sudah berumahtangga, yang sedang dilamun cinta dan tidak kurang pula yang telah berpisah. Ramai yang kawin muda seawal 20-an, yang kahwin lewat selewat 40-an / 50-an dan tidak kurang pula yang tidak berkahwin. Apa masalah mereka? Kadang-kala kita tengok di alam realiti, mereka yang tidak berkemampuan namun mahu terus berumahtangga, sebaliknya yang berkemampuan tiada nilai disisi lelaki/wanita. Ada pula yang sudah berumatangga bermain kayu tiga. Banyak persoalan kepada situasi tersebut. Apa pun persoalannya, saya ingin Tips Mengenali Jodoh Menurut Islam.


Ramai sekali muda-mudi yang hidup dalam dilema tentang soal

jodoh. Pasti ramai yang sudah mulai bosan untuk menjawab soalan dan ayat seperti "Bila lagi mahu kahwin?", "Takkan takde calon lagi", "Ke awak yang memilih sangat?" dan sebagainya.

Apa yang sebenarnya berlaku? Urusan Jodoh itu adalah urusan Allah SWT, cuma kita perlu tahu bagaimana cara mengenali jodoh dalam islam. Tips ini berguna bagi anda yang sedang mencari jodoh. Mari saya terangkan bagaimana.Tanda jodoh dalam Islam itu adalah “3M”. Apa itu "3M"?


Siapa di antara lelaki mahupun wanita yang boleh Memahami, Memaafkan dan Memotivasikan kita ke arah yang lebih baik InsyaAllah itulah jodoh kita. Huraian berkenaan "3M" adalah seperti berikut: Memahami - Setiap pasangan mestilah memahami antara satu sama lain. Ini penting kerana setiap daripada kita mempunyai latar belakang kehidupan yang berlainan. Maka setiap sifat kita mampu mempengaruhi atau dipengaruhi sifat pasangan kita.


Memaafkan - Sifat memaafkan ini amat penting sekiranya tiada sifat ini, nescaya hubungan kekeluargaan tidak kekal lama (Ini yang kita cuba elakkan). Lelaki memang lebih egonya, namun jika ingin selamat, buang segala ego demi mempertahankan rumahtangga.


Memotivasikan - Pasangan mestilah memotivasikan antara satu sama lain. Faktor seperti stres, tekanan kerja, masalah kewangan mungkin menyebabkan keretakan rumahtangga, namun sikap memotivasikan ini mampu menaikkan dan memulihkan kembali semangat pasangan anda.


Jadi sekiranya anda mahu mencari jodoh, carilah yang boleh melakukan 3M di atas supaya hubungan cinta dapat kekal dan tidak berlaku cerai-berai. Jodoh itu bukan berdasarkan nafsu, kekayaan, rupa paras, pangkat dan sebagainya tetapi haruslah berdasarkan Islam

iaitu beraqidah, taatberibadah dan cantik akhlaknya. Jika cinta itu menurut Islam maka cinta itu datangnya dari Allah.


Ramai muda-mudi sekarang bercinta namun tidak semua ke jinjang pelamin. Jangan percayatentang ramalan cinta / ramalan jodoh diinternet, televisyenataupun cinta monyet (Cinta kanak-kanak di alam remaja). Ini kerana itu bukan jodoh yang sebenar-benarnya. Ada y

ang cuba mengkategorikan jodoh kepada 3 jenis iaitu:


1) JODOH DARI SYAITAN


iaitu lelaki dan perempuan yang berjalan berpegangan tangan dan menuju ke arah kemaksiatan. Apabila si perempuan tadi mengandung, barulah si lelaki tadi menikahi perempuan tersebut.

2) JODOH DARI JIN


iaitu lelaki yang menyukai seorang perempuan yang tidak menyukai dirinya, lalu dibomohkan dan disihirkan perempuan itu untuk setuju berkahwin dengan lelaki tadi.


3)JODOH DARI ALLAH

iaitu pandangan 2 pasang mata iaitu lelaki dan perempuan sehingga menusuk ke dalam jiwa. Lalu,lelaki itu pun masuk meminang perempuan tadi. Perempuan tadi menerimanya. Mereka bernikah dan bercinta selepas itu kerana cinta selepas kahwin adalah satu2nya

cinta yang diredhai ALLAH. Bercinta sampai ke syurga. Itulah yang digelar "Syurga Cinta" tanpa berlakunya sebarang bentuk kemaksiatan.Apa jua jenis cinta, ianya kuasa Allah.Jadikan "3M" diatas sebagai panduan asas dalam mencari jodoh supaya benar

benar mendapatkan jodoh menurut Islam yang dapat membahagiakan hidup anda kelak.

Mencari jodoh berdasarkan Islam Insya Allah akan membahagiakan hidup anda di dunia maupun akhirat.

Ingin saya kongsikan 2 jenis Doa :


Do'a Mencari Jodoh





Jika anda mengalami keadaan putus cinta, Insya Allah amalkan Do'a kedua ini:

Do'a Putus Cinta


Wednesday, May 25, 2011

Perkahwinan Simbolik Kejayaan Cinta

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Assalamualaikum W.B.T.

Entry pada hari ini merupakan adaptasi daripada sebuah buku yang dicadangkan oleh seorang sahabat saya ketika menyertai Pertandingan Debat Perdana Intergriti 2011 di UUM, tajuknya

Memahami Bahasa Cinta Lelaki


Perkahwinan Simbolik Kejayaan Cinta

“ Tidak didapati kasih sayang antara dua orang yang berkasih sayang seperti di dalam perkahwinan “

~Nabi Muhammad Oleh Ibn Majah~


Kesempurnaan cinta hanya dapat diterjemahkan melalui perkahwinan. Kita menggambarkan perkahwinan sebagai kejayaan pasangan dalam menempuhi cabaran bagi mematangkan kasih sayang dan bersedia membawanya kea rah masa hadapan yang lebih jauh dengan semangat jiwa yang baru.

Simbolik perkahwinan menandakan kita mempunyai nilai motivasi yang tinggi dan tanggungjawab. Ia bukan sahaja pada diri sendiri tetapi juga pada orang yang dicintai dengan memelihara maruah dan hak bersama dalam satu ikatan yang direstui.

Betapa hebatnya perkahwinan yang menyempurnakan nilai cinta yang dibina. Ia adalah pembuka kepada episod baru dalam kehidupan dan menjadi jawapan pada cabaran-cabaran yang dihadapi bagi mengekalkan perasaan cinta supaya sentiasa segar dimata kekasihnya. Kata pujangga, cinta antara dua manusia demi meraih cinta Tuhan. Maka inilah perjuangan yang perlu diteruskan lagi sehingga akhir hayat. Cinta menjadikan manusia berani memperjuangkan kebenaran.


Dalam kisah yang dicaerikan pada zaman Nabi Muhammad, apabila kaum Muslimin mendengar khabar mereka dicerobohi dan diperangi, maka para isteri menyediakan pakaian perang untuk suami dan menanti di hadapan pintu rumah dengan setia bagi menyarungkannya di tubuh orang yang dikasihi. Itulah nilai cinta yang padu, menjadikan manusia berani dan mempunyai perjalanan hidup yang jelas.


Apabila percintaan dijadikan permainan manusia mula mencongak-congak bilakah ia perlu berakhir, sedangkan masa semakin berlalu. Galakan perkahwinan dan galakan hidup secara berpasangan banyak disebut di dalam Al-Quran dan hadis,

~~Dalam Surah An-Nur ayat 32~~

Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang salih dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya, kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.

~~Dalam Surah Al-Furqan ayat 74~~

Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang- orang) yang berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.

Tarmizi meriwayat Nabi Muhammad S.A.W pernah bersabda : “ apabila orang yang kamu redhai akhlaknya dan agamanya datang melamar, maka kahwinlah dia. Sekiranya kamu tidak lakukan perkara itu, maka akan berlaku fitnah dan kerosakan di muka bumi.

Perkahwinan adalah tanda keakraban dan kesempurnaan buat dua manusia yang berbeza dan disatukan dalam satu ikatan. Melalui perkahwinan, manusia lebih menghargai,mengembangkan potensi diri dan memahami fenomena bahasa cinta.

" bukanlah ia dipanggil loceng melainkan seseorang membunyikannya. bukan ia dipanggil lagu sehinggalah ada yang mendendangkannya. cinta bukan sekadar terletak di dalam hati, bukanlah cinta dipanggil cinta sehingga anda memberikannya"

~Ikhide Oshoma~

Sunday, May 22, 2011

Jodoh Ketentuan Allah.



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”
Saban hari sebagai manusia kita akan terfikir, siapakah yang bakal ditentukan oleh Allah SWT untuk menjadi permaisuri hidup kita. Siapakah bakal suami atau bakal isteri yang akan berkongsi hidup bersama selamanya. Walaupun kita tidak mengetahui siapakah insan istimewa tersebut, namun manusia yang lemah seperti kita tetap mempunyai ciri-ciri idaman untuk bakal pasangan kita bukan?
Terkadang Allah tentukan seseorang yang begitu hampir dengan kita sebagai jodoh, dan terkadang mungkin jauh dari pandangan mata kita. Ada juga yang bercinta, mungkin bertunang bahkan mungkin sampai berkahwin namun andai itu belum jodoh yang diberikan Allah sudah pasti akan ada ujian dan cabaran.
Mungkin andai tiada jodoh di waktu percintaan, tidak begitu menyakitnya berbanding cinta yang terputus di apabila telah sampai bertunang dan lebih-lebih lagi apabila sudah ke alam perkahwinan. Mungkin pada nilaian mata manusia itu adalah keputusan yang tidak munasabah dan tidak memikirkan hati orang lain. Sememangnya manusia perlu berusaha untuk membina kebahagiaan yang telah dibina atas dasar kasih sayang. Tetapi apa yang lebih penting kebahagian diri perlu diutamakan.
Dan Allah SWT menjadikan ini semua sebagai asbab untuk kita dipertemukan dengan jodoh kita. Sesuatu yang perlu difikirkan. Istilah ‘tiada jodoh’ jika kita sama-sama teliti sebenarnya terkandung dua 3 perkara penting yang perlu difahami:

1. Hikmah pengajaran
Kerana manusia tidak sepanjang masa melakukan keputusan dengan tepat dan betul. Maka kesilapan yang dilakukan sudah pasti akan menunjukkan hikmah terhadap apa yang telah dilakukan agar dapat menjadi panduan pada masa yang lain.

2. Asbab bertemu jodoh
Perpisahan dalam perhubungan berkemungkinan Allah akan menggantikan dengan insan yang lebih baik, walaupun pasangan yang sudah bersama kita, dapat kita rasakan adalah yang terbaik. Namun perpisahan juga mampu menjadi asbab untuk bertemu insan yang lebih baik dalam mencinta diri anda.

3. Takdir
Inilah yang menjadi kenyataan penting yang perlu dihadapi dengan hati yang lapang. Pertemuan dan perpisahan adalah lumrah kehidupan yang perlu diterima. Mungkin anda pernah bercinta bagai nak rak, bertunang dan kemudian berkahwin untuk satu tempoh tertentu namun andai takdir Allah untuk berlaku perpisahan untuk pertemuan yang seterusnya maka hanya hati yang perlu menerima dengan redha.

Renung-renungkanlah Firman Allah S.W.T :
“Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): Dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman.” (Surah An-Nisa:3)
Janganlah terlalu mengikut kehendak hati dalam menghadapi masalah jodoh… usahlah jodoh itu dikejar… Kisah Rithah sepatutnya memberi kesan yang mendalam untuk memberikan pengajaran bagi wanita yang belum menempuhi alam rumahtangga termasuklah diriku sendiri. Jodoh merupakan urusan Allah. Jodoh tidak dapat dihindari manakala kita belum menginginkannya, dan sebaliknya ia juga tidak dapat dikejar ketika kita sudah teramat sangat ingin mendapatkannya. Allah telah menentukan jodoh kita maka tidak layak bagi kita untuk bimbang dan risau malah tidak berhak untuk orang sekeliling mempersoalkan. Kalau sudah sampai waktunya jodoh itu pasti akan datang dengan sendirinya tanpa di undang.
Rasulullah SAW telah bersabda: “Ketika ditiupkan ruh pada anak manusia tatkala ia masih di dalam perut ibunya sudah ditetapkan ajalnya, rezekinya, jodohnya dan celaka atau bahagianya di akhirat”.
Sebagai seorang hamba, hanya yang mampu aku lakukan berdoa dan terus berdoa kerana aku yakin Allah Maha Mendengar dan dekat dengan kita… ini jelas dalam

firman Allah,
“Apabila hamba-hambaKu bertanya kepada engkau (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku hampir. Aku memperkenankan permohonan orang yang meminta jika dia meminta kepada Aku. Maka hendaklah mereka menyahut seruan aku serta beriman kepada Aku supaya mereka sentiasa berada dalam kebenaran.” (Surah Al-Baqarah:186)



Jodoh......mestikah Dikejar?

Oh.. ibu, usiaku sudah lanjut, na¬mun belum datang seorang pemuda pun memi¬nangku... ? Apakah aku akan menjadi perawan seumur hidup?" Kira-kira begitulah keluhan seorang gadis Mekah yang berasal dari Bani Ma'zhum yang kaya raya. Mendengar rintihan sianak, ibunya yang teramat kasih dan sayangkan anaknya lantas kelam kabut ke sana ke mari untuk mencari jodoh buat sI puteri. Pelbagai ahli nujum dan dukun ditemuinya, ia tidak peduli berapa saja wang yang harus keluar dari saku, yang penting anaknya yang cuma seorang itu dapat bertemu jodoh.
Namun sayang usaha siibu tidak juga menam¬pakkan buahnya. Buktinya, janji-janji sang dukun cuma bualan kosong belaka. Sekian lama mereka menunggu jejaka datang melamar, sedangkan yang ditunggu tidak pernah nam¬pak batang hidungnya. Melihat keadaan ini tentu saja gadis Bani Ma'zhum yang bernama Rithah AI-Hamqa men¬jadi semakin bermuram durja, tidak ada kerja lain yang diperbuatnya setiap hari kecuali mengadap di depan cermin untuk memandang diri sambil terus bertanya-tanya, “Mengapa sampai hari ini tidak kunjung datang juga seseorang yang akan mengahwiniku?”

Penantian jodoh yang ditunggu-tunggu Rithah ak¬hirnya tamat tatkala ibu saudaranya yang berasal dari luar daerah berkunjung ke rumah mereka dengan membawa jejaka tampan. Akhirnya Rithah yang telah lanjut usia pun menikah dengan jejaka yang muda rupawan. Kenapa sipemuda itu ber¬sedia menikahi gadis Bani Ma'zhum yang telah tua itu..? Oh… ternyata ada udang di sebalik batu. Rupa-rupanya jejaka rupawan yang miskin itu hanya menginginkan keka¬yaan Rithah yang melimpah ruah. Sebaik sahaja sijejaka telah berha¬sil menggunakan sebahagian harta Rithah ia pun pergi tanpa pe¬san dan kesan... . Dan tinggallah kini Rithah seorang diri, menangisi pemergi¬an suami yang tidak tentu ke mana perginya. Kesedihan dan kemurungan¬nya dilepaskan Rithah dengan membeli be¬ratus-ratus buku benang untuk di¬pintal (ditenun), setelah jadi hasil tenunannya, wanita itu mencerai beraikan lagi men¬jadi benang. Lalu ia tenun lagi dan ia cerai beraikan lagi. Be¬gitulah seterusnya ia jalani sisa-sisa hidupnya. Sesuailah kata-kata jahiliyyah mengata¬kan, Asmara boleh membuat orang jadi gila sasau." (tentu bagi orang-orang yang tidak memiliki iman)

AI-Qur'anul Karim meng¬abadikan kisah gadis Bani Ma'¬zhum ini dalam surat An-NahI ayat 29, “Dan janganlah kamu seperti perempuan yang meng¬uraikan benangnya yang su¬dah dipintal dengan kuat men¬jadi bercerai-berai kembali... ” Yang dimaksud Al¬Qur'an dengan 'wanita pengu¬rai benang yang telah dipintal' tidak lain adalah Rithah Al¬Hamqa. Dalam ayat tersebut Allah melarang kita berkelakuan seperti Rithah dalam menghadapi masalah jodoh. Namun demikian banyak ibrah yang dapat kita petik dari episod gadis kaya keturunan Bani Ma'zhum ter¬sebut.

Kisah Rithah mengajar kita bahawa jodoh sebenarnya merupakan urusan Allah. Jodoh tidak dapat di¬hindari manakala kita belum menginginkannya, dan sebaliknya ia juga tidak dapat dikejar ketika kita su¬dah teramat sangat ingin men-dapatkannya. Bukankah Rasul pun telah bersabda: “Ketika di¬tiupkan ruh pada anak manu¬sia tatkala ia masih di dalam perut ibunya sudah ditetap¬kan ajalnya, rezekinya, jodohnya dan celaka atau bahagianya di akhirat”. Kerana Allah telah menentukan jodoh kita maka tidak layak bagi kita untuk bimbang dan risau seperti Rithah. Kalau sudah sampai waktunya jodoh itu pasti akan datang sendiri.

Episod Rithah juga mengajar kita un¬tuk melakukan ikhtiar (usaha) dalam mencapai cita-cita. Ka¬lau ibu Rithah menda¬tangi berbagai ahli nujum agar anaknya berhasil mendapat¬kan jodoh, bagi kita tentunya mendatangi AI-Mujub (yang Maha Pengabul doa) agar tujuan kita tercapai. Allah sen¬diri telah berfirman: "Dan apabila hambaKu bertanya tentang Aku, maka jawablah bahawa Aku dekat. Aku mengabulkan doa orang-orang yang berdoa kepadaKu.. "(QS. 2:186) Dengan ayat tersebut Allah memberikan harapan yang sebesar-besarnya bahawa setiap doa yang disampaikan padaNya akan dikabulkan. Allah tidak mungkin mungkir janji, siapa yang paling tepat janjinya selain Allah? Dalam sebuah hadis riwayat Abu Da¬wud, Tarmizi dan lbnu Majah, Rasul pun bersabda tentang masalah doa, "Sesungguhnya Allah malu terhadap seseorang yang menadahkan tangannya berdoa meminta kebaikan kepadaNya, kemudian menolaknya dalam keadaan hampa".

lbrah berikutnya yang dapat kita petik, ialah memu¬puk sikap 'sabar' dalam meng¬hadapi jodoh yang mungkin belum juga menghampiri kita padahal usia kita telah sema¬kin senja. Firman Allah dalam Surah AI-Baqarah ayat 45, "Dan jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu, sesungguhnya yang demikian itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyu', iaitu orang-orang yang meyakini bahawa mereka akan menemui Rabbnya, dan mereka akan kembali padaNya".

Sabar dan solat akan selalu membentengi kita dari desakan orang sekeliling dan godaan syaitan yang berharap kita salah langkah dalam ma¬salah jodoh ini. Masalah ini banyak ditanggung oleh saudara-saudara kita yang sudah layak nikah namun belum ada juga ikhwah yang datang meminang merupakan ujian yang - wallahu a'lam - sesuai dengan ketetapan Allah. Banyak kisah nyata bahawa resah gelisah dan tidak sabar dalam ma¬salah jodoh malah mem¬buat kehidupan selepas per¬nikahan jadi tidak seindah semasa masih bujang.

Di samping itu kita pun harus tetap men¬jaga kemur¬nian niat kita untuk menikah. Motivasi usia yang semakin senja serta tidak tahan mendengar umpatan orang sekitar harus secepatnya dihilangkan. ltu semua tidak akan menghasilkan suatu rumahtangga Islami yang kita harapkan. Ini adalah kerana kekukuhan rumahtangga kita seiring de¬ngan kuatnya landasan iman dan niat ikhlas kita. Sungguh beruntung se¬kali menjadi orang-orang muk¬min. Tatkala mendapat ujian (termasuk jodoh) ia akan ber¬sabar maka sabarnya menjadi kebaikan baginya. Dan ketika mendapat nikmat ia bersyukur, maka kesyukurannya itu men¬jadi baik pula baginya.

Kisah gadis Bani Ma'zhum itu juga memberikan nasihat pada manusia di zaman kemudiannya bahawa jodoh merupakan amanah Allah. Amanah yang hanya akan diberikan pada seseorang yang dianggap te¬lah mampu memikulnya kerana amanah merupakan se¬suatu yang harus dipelihara dengan baik dan dipertanggungjawabkan. Manakala kita belum dikurniai amanah jodoh oleh Allah, mungkin belum waktunya untuk kita memikul amanah tersebut. Si¬kap kita yang paling baik da¬lam hal ini adalah sentiasa bersangka baik (husnudzon) kepadaNya. Kerana sesuatu yang kita cintai atau sesuatu yang kita anggap baik (jodoh) belum tentu baik bagi kita menurut Allah. Begitu pula sebaliknya sesuatu yang kita anggap buruk bagi diri kita belum tentu buruk menurut ilmu Allah. "Boleh jadi kamu rnencintai sesuatu padahal se¬suatu itu amat buruk bagimu, dan boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal itu amat baik bagimu. Kamu tidak menge¬tahui sedangkan Allah Maha Mengetahui" (QS. 2:216)

Akhir sekali kisah Rithah mem¬berikan ibrah kepada kita untuk mengarahkan cinta (mahabbah) tertinggi kita kepada yang memang berhak memilikinya. Cinta Rithah yang begitu tinggi diarahkan kepada makhluk (suaminya), hingga membuat ia 'gila sasau'. Bagi kita tentu cinta yang tertinggi itu hanya patut dipersembahkan buat yang Maha A’la pula (Khaliq). Bukankah salah satu ciri mukmin adalah asyaddu huballillah ada¬pun orang-orang yang beriman itu amat sangat cintanya kepada Allah (asyaddu huballillah).. " (QS. 2:165). Jika arah cinta kita sudah benar, maka yakinlah Allah SWT tidak akan mengabaikan kehidupan kita.

Seorang penyair dari Seberang yang terkenal Khairil Anwar pernah menulis puisi:



Tuhanku
Dalam termangu, aku masih menyebut namaMu
Walau susah
sungguh
Mengingat kau penuh seluruh
Tuhanku
Aku hilang bentuk
Remuk
Tuhanku
Di pintuMu aku me¬ngetuk
Aku tidak bisa berpaling
(dari petikan puisi ‘DOA’ - Khairil Anwar)



Khairil Anwar sampai begitu sekali dalamnya mencintai Allah dalam sajak tersebut, mengapa kita tidak boleh?

Wallahua'lam bisshawab

Friday, May 20, 2011

Pilihlah Cinta Yang Diredhai~~

anda juga digalakkan untuk membaca artikel ini :



Assalamualikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.

Cinta..cinta yang hakiki atau Cinta Duniawi…pilihan ditangan anda..kerana dirimu begitu berharga.

Allah Taala berfirman, bermaksud: "...perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat)" (Surah An-Nur, 24:26)

Justeru itu kita harus memahami bahawa cinta bukannya satu perlakuan yang meleburkan batas antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram melainkan lafaz akad dan nikah. Namun pada masa kini, kebanyakan manusia tidak kira tua atau muda mengekspresikan cinta mereka seperti mana yang dilakukan oleh masyarakat barat. Persoalannya adakah itu yang dimaksudkan dengan “CINTA” sedangkan ada jalan yang halal mengapa harus memilih jalan yang menuju kelembah kehinaan???

Justeru itu, kita harus memikirkan dengan sebaik-baiknya. Islam tidak menghalang umatnya untuk saling sayang-menyayangi, namun bukan dengan cara membawa anak dara orang kehulu dan kehilir. Islam membenarkan pertunangan, justeru itu untuk berkenalan pilihlah jalan yang diredha Allah S.W.T.

"Apabila datang kepadamu seorang laki-laki datang untuk meminang yang engkau redha terhadap agama dan akhlaqnya maka nikahkanlah dia. Bila tidak engkau lakukan maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan akan timbul kerusakan yang merata di muka bumi." - HR Tarmidzi dan Ahmad

Maka pilihlah jalan yang direhai oleh Allah S.W.T. ingatlah cinta tidak boleh dipaksa tetapi boleh dipupuk..umpama pohon yang bertahun-tahun ditanam dan disiram tetapi tidak dibaja maka tidak akan berbuah pohon tersebut, namun apabila dibaja dan dijaga berbunga dan berbuahlah pohon tersebut. Umpama cinta jika cinta yang dibina berlandaskan Syariat Islam maka, cinta itu dapat dipupuk apabila dipupuk cinta itu maka lahirlah zuriat yang Insya Allah yang akan berjuang di jalan Allah S.W.T.






~~jadilah muslimin dan muslimat sejati~~
April 2011: Aku Minat Kepada Dia...
HafizFirdaus.com - Saturday, 21 May 2011

Thursday, May 19, 2011

Keinginan Berumah Tangga Dan Pedoman Buat Yang Masih Mencari


KEINGINAN BERUMAH TANGGA

Memikirkan gelombang hidup berumahtanggalah, saya tidak gembira apabila ada pelajar yang berkata, "saya perlu segera kahwin kerana bimbang terjebak kepada yang haram!"

Adik-adikku,

Perkahwinan bukanlah untuk menghalalkan apa yang tidak dihalalkan sebelumnya... semata-mata.

Perkahwinan adalah kombinasi cinta, perasaan, keinginan dan tanggungjawab.

Perang melawan keinginan nafsu adalah terlalu kecil jika mahu dibandingkan dengan dugaan-dugaan selepas berumahtangga.

Jika daya tahan dirimu terlalu lemah, hingga menolak zina pun jadi masalah... di mana kekuatanmu untuk membina rumah tangga, memimpin keluarga dan menjadi pembentuk manusia berupa anak-anak?

Saya tidak sama sekali menghalang perkahwinan semasa belajar. Tetapi janganlah perkahwinan itu semata-mata untuk menghalalkan apa yang haram.

Perkahwinan perlu dibina dalam keadaan yang rasional, bersulamkan emosi pengikat diri. Bekal utama hidup berumah tangga, khususnya bagi sang suami, adalah kekuatan mengawal diri.

Atas kekuatan itu Allah amanahkan Talaq di tangan suami!

Langit tidak selalu cerah...

Ada hari, rumah tangga belayar dalam perahu cinta.

Ada harinya pula, rumah tangga bertahan dengan rasa tanggungjawab dan amanah di sisi yang Esa.

Cinta itu naluri, namun kedewasaan mengendalikan cinta, itulah jati diri.

Jangan tergesa-gesa, jangan bertangguh-tangguh.

- Artikel iluvislam.com

- Sumber : saifulislam.com

Video Ketika Cinta Bertasbih ( Tentang Cinta )