CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Islamic Widget

Wednesday, November 23, 2011

Artis Korea..jadi Idola?Kenapa Bukan Rasulullah dan Para Sahabat,serta Mujahid dan Mujahidah ^^

Assalamualaikum wbt....

Apa yang saya dapat lihat pada masa kini, kebanyakan muda mudi tidak mengira peringkat umur, terlalu taksub dengan artis-artis korea..bukan menyalahkan mana-mana pihak ataupun menghalang minat masing-masing tetapi apakah kesan daripada menjadikan aris tersebut sebagai idola termasuklah dari cara pemakaian, pembentukan akhlak dan peribadi kita khusunya sebagai muslim...saya percaya dengan ungkapan ini:

" You are what you eat, and you are what you Read"

Jadi....you are what you watch and you are what hu listen to "

Jika santapan minda berdasarkan hiburan semata-mata...makanan rohani bukan lagi zikrullah tetapi nama-nama artis korea yang meniti dibibir..begitu juga di hati..sedangkan al-quran dan zikir kepada Allah yang seharusnya menjadi santapan rohani buat penenang jiwa...





Allah berfirman di dalam al-Quran;

“Wahai sekalian manusia! makanlah dari apa yang ada di bumi yang HALAL lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana Sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh Yang terang nyata bagi kamu”. (al-Baqarah: 168)

“Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu, Iaitu yang HALAL lagi baik, dan bertaqwalah kepada Allah Yang kepadanya sahaja kamu beriman”. (al-Maidah: 88)

Apa yang saya mahu tekankan disini bukan maksud makan halal itu datangnya dari apa yang kita makan sahaja..tetapi apa yang menjadi santapan rohani kita juga mestilah Halal...jika si lelaki mengilai artis korea yang agak seksi dan nama artis tersebut sentiasa meniti dibibir itu akan menjadi santapan rohani yang tidak baik...dan juga si perempuan sebaliknya...


Tidak perlu risau jika ada yang menyatakan kamu tidak mengikut arus zaman, tetapi risaulah kamu tatkala kamu hanyut dari jala Allah...tak perlu kamu gusar jika ada yang menyatakan kamu kolot...tetapi gusarlah kamu..tatkala...sinar iman semakin malap di dalam hatimu...Jadi  YGen...( Youth Generation ) Jadikanlah Rasulullah SAW sebagai idola....jadikan para Mujahid dan Muajhidah sebagi contoh..berimanlah kamu kepada Allah, Malaikat,kitab-kitab,Rasul-Rasul, Hari Kiamat serta Qada' dan qadar...


Wednesday, November 9, 2011

The Defenders of Da'wah



Jangan Dihina Yang Sesat…Bantulah Mereka Jika Kamu Mangaku Sebagai Muslim…

بسم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-ramāni r-raīm
In the name of GodThe most kindly merciful.

Pada akhir zaman ini, banyak masalah yang timbul yang kita dapat lihat pada hari ini…dari segi pemakaian,kepimpinan,secara majoritinya dari seluruh aspek kehidupan pada hari ini mengalami masalah yang kita sendiri tidak sedari…


Jadi apa pula masalah kita sebagai yang sedar akan kesilapan tersebut….masalah kita ialah “KITA TERUS MENGHUKUM MEREKA” tanpa mendekati mereka,analisis masalah mereka,fahami dan membantu mereka kembali kepada jalan Allah….kita ialah Khalifah di muka bumi Allah adalah untuk memakmurkan dunia ini bukan untuk memporak perandakan lagi….Jadi dalam konteks masyarakat Mahasiswa,Mahasiswi amalkan… “Amar Ma’aruf Nahi Mungkar” okey ^^

Ambilah pengjaran daripada kisah Rasulullah SAW…

Makna hadits:
Daripada Abdullah bin Abbas r.a. : Bahawa pada suatu hari saya sedang berada di belakang Rasulullah SAW (di atas binatang tunggangannya), lalu sabda baginda : ' Wahai anak, sesungguhnya aku mengajar kamu beberapa perkataan. Peliharalah (perintah) Allah, nescaya Dia akan memelihara kamu, peliharalah (kehormatan) Allah, nescaya engkau akan merasakan Dia berada bersama-samamu. Jika engkau memohon, pohonlah kepada Allah semata-mata. Jika engkau meminta pertolongan mintalah kepada Allah semata-mata. Ketahuilah bahawa jika semua umat manusia berkumpul untuk memberikan kepadamu sesuatu menafaat, nescaya mereka tidak akan mampu memberi menafaat itu, melainkan dengan sesuatu yang telah ditakdirkan oleh Allah. Begitu juga sekiranya mereka berkumpul untuk menentukan suatu mudharat untuk kamu, nescaya mereka tidak akan mampu menentukannya, melainkan dengan suatu yang telah ditentukan Allah ke atas kamu. Telah diangkat kalam (tulisan) dan telah kering (tinta) buku catitan."
(HR. Tarmizi dan dia berkata : Hadisnya hasan shahih). 


SENI DAKWAH:
1.     Untuk Ibn Abbas, sejak kecil Rasulullah SAW berdoa untuknya: "Ya Allah berikanlah kepadanya pemahaman tentang din, dan ajarkanlah kepadanya hikmah." Apabila beliau di peringkat remaja, baginda bermusafir bersama-samanya dan terus mengambil peluang mentarbiahnya.

2.    Oleh itu dalam berdakwah untuk remaja (yang menjadi mad’u), perlu: 
        a.    Berdoa untuk masa 
               depannya.
        b.    Merancang masa depan mad’u sesuai dengan

               potensinya.
        c.    Memberi bimbingan yang berterusan.
1.     Baginda memanfaatkan setiap detik masa, hatta sewaktu bermusafir pun baginda mentarbiah mad'unya yang masih remaja. Baginda tidak merasa enteng terhadap mad'u kecil, bahkan baginda mengambil berat  hal ehwal tarbiahnya.

2.    Baginda sentiasa bersemangat untuk mentarbiah mad'unya, sehinggakan sewaktu bermusafir pun baginda tidak melepaskan peluang untuk mentarbiah.

3.    Baginda, seorang ketua negara yang agung dan manusia paling mulia, tidak merasa hina menaiki kenderaan bersama remaja kecil. Baginda memperlihatkan contoh KEDEKATAN FIZIKAL, bersentuhan dan bermesra dengan anak remaja. Baginda tidak merasai jurang generasi dengan golongan remaja.

4.    Baginda mentarbiah remaja dengan silibus yang berpada, ringan tetapi berterusan - sepertimana kata baginda (yang bermaksud): "aku ingin mengajar kamu BEBERAPA PERKATAAN".

5.    Baginda sentiasa meletakkan asas tauhid sebagai asas tarbiah generasi muda. Generasi muda yang sering gelisah dan sering dilanda pelbagai ketidaktentuan dan ketakutan baginda berpesan supaya bergantung dan memohon pertolongan kepada Allah.

6.    Hakikatnya, baginda merencanakan tarbiah jangka panjang untuk Ibn Abbas. Akhirnya lahirlah Ibn Abbas sebagai tokoh, pejuang dan pewaris risalah baginda. Begitulah juga para pendakwah di sepanjang zaman, perlu meletakkan satu rancangan jangka panjang dalam pembinaan generasi muda. Cagarannya ialah pengorbanan, kesabaran, tawakkal dan istiqamah.
Rujukan: Syarah Lengkap Arba’in Da’awiyah – Teladan Aplikatif Dakwah Rasulullah SAW, Fakharuddin Nursyam Lc, Bina Insani.



Thursday, October 13, 2011

KEHIDUPAN MENCABAR DI UNIVERSITI



Bismillahhirahmannirahim…
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.

Bergelar Mahasiswa ini bukanlah perkara yang amat mudah.. banyak perkara harus diatur dengan sempurna setiap langkah jejak harus disusun…bukan ingin menhgadu domba tetapi sekadar perkongsian pengalaman di hidup ini.
Di Universiti bagi saya perkara yang paling mencabar sekali adalah berkaitan dengan hubungan kita dengan sahabat-sahabat, kadang-kadang musuh menjadi sahabat dan sahabat menjadi musuh. Untuk menjaga hati setiap manusia itu amat susah, namun kita tidak mampu untuk menyenangkan hati setiap orang….

Cabaran demi cabaran terpaksa dilalui dalam kehidupan yang penuh pancaroba…sentiasa belajar untuk husnuzon dalam setiap keadaan, mencari sahabat yang benar-benar memahami di universiti amat susah, sahabat baik saya sehingga sekarang hanyalah rakan sekolah saya yang sentiasa berada disisi walaupun jauh di UiTM Seri Iskandar. Tatkala memang jawatan dan menjadi kepercayaan orang lain,masih ada lagi yang cuba untuk mengatur hidupku ini…berbalik kembali kepada pendapat ibu dan bapa adalah perkara yang terbaik..ingat bukan semua sahabat sudi membantu kita dalam perjuangan yang mencabar ini…kadang-kadang kita harus menjadi kebal, walaupun menangis dibelakang, kadang-kadang kita harus memekakkan  telinga, tatkala ada mulut-mulut yang berbicara tentang kamu….itulah dia antara cabaran-cabaran yang mencabar….


Merujuk kepada ayat Al-Quran surah Al-Ankabut, ayat 2-3
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang  yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.”


Dan sesungguhnya Allah akan menguji seseorang mengikut kemampuannya seperti yang telah tertulis di dalam Surah Al-Baqarah ayat 286 ;

“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”
Oleh yang demikian, ber-husnuzonlah dengan Allah, bahkan dalam apa jua situasi pun. Sentiasa bersangka baik dalam setiap perkara, tidak kira dalam kehidupan dan ketika bergaul dengan manusia. Memang benar kata pepatah, banyak manusia, banyak ragam. Jadi, janganlah kita berprasangka buruk terhadap orang lain.

Ingatlah firman Allah dalam Surah Al-Hujuraat ayat 12.

“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. 


Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.”

“Seandainya engkau menyampaikan keburukan saudaramu, jika itu benar, maka bererti kamu sudah membuka aib saudaramu, dan jika itu salah, maka engkau sudah melakukan fitnah”

Thursday, September 8, 2011

Saranan Dari Seorang Ustaz Masa Untuk Berubah....


Bismillahirahmanirahim....

MASA UNTUK BERUBAH…..Saranan Dari  Salah Seorang Ustaz  yang mengajar saya di sekolah menengah dan matrikulasi…



Kita sedar pada hari ini Malaysia merupakan sebuah Negara yang bergelar serta terkenal degan jolokan “Negara Islam” namun apa yang kita dapat lihat pada masa kini adalah kurangnya pendidikan agama Islam itu sendiri di terapkan sejak daripada sekolah rendah lagi……



Permasalahan ini bermula dengan sikap pemimpin yang alpa tentang penghayatan Islam itu sendiri….Ingat bahawa penghayatan terhadap Al-Quran itu bukan sahaja di bibir tetapi haruslah difahami kandungan Al-Quran tersebut dan diaplikasikan…bukan tujuan saya menulis untuk mengkritik pentadbiran Negara…namun jika perkara ini tidak diambil kira apa yang akan berlaku pada masa hadapan…adakah kita mahu melihat anak cucu kita ISLAM hanya sekadar KETURUNAN ataupun ISLAM yang BERFAKTOR…..fikir-fikirkanlah…


Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud `Telah aku tinggalkan kepada kamu dua perkara.Kamu tidak akan sesat buat selama-lamanya sekiranya kamu berpegang teguh dengan kedua-duanya, iaitu kitab Allah dan sunnah Rasulullah s.a.w.’ 



Adakah kita mahu hidup dalam kepura-puraan….tidak dinafikan pada pandangan zahirnya Negara kita membangun….namun yang tersuratnya..bagaimanakah kehidupan beragama kita sebagai Negara Islam..bagaimanakah corak pemikiran kita terhadap Islam…pandangan kita terhadap Islam…dan perjuangan kita terhadap Islam…jangan kerana dek terlalu selesa dibuai kesenangan duniawi ini kita terleka sambil menafikan agama kita demi bangsa…..seperti mana Allah SWT telah berfirman :


Manusia itu mulia bukan kerana bangsanya, tetapi mulianya manusia kerana Islam.

“Wahai umat manusia, sesungguhnya kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan kami telah menjadikan kamu berbagai-bagai bangsa dan berpuak-puak, supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah maha mengetahui, lagi maha mendalam pengetahuannya.”

Surah al-Hujurat, ayat 13.

Justeru itu janganlah kita terleka dek kerana perjuangan politik yang mementingkan bangsa semata-mata tanpa memikirkan tuntutan agama......Fikir-fikirkanlah....

Monday, August 22, 2011

Menutup Aurat Atau Membalut aurat..Tanyalah Imanmu...



Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...


Tuntutan menutup aurat telah diperjelaskan oleh Allah SWT melalui ayat-ayat yang terkandung didalam Al-Quran sebanyak 7 ayat, 4 daripadanya didalam Surah Al-Ahzab dan 3 lagi didalam surah An-Nur, manakala didalam sunnah pula sebanyak 150 hadis yang menekankan kepentingan  menutup aurat.


Pada hari ini fesyen dijadikan landasan yang kononnya menutup aurat yang sebenar-benarnya memang jelas "Membungkus Aurat" serta "Para Artis" yang dijadikan contoh...bukan lagi syariat Islam...Ingat pemakaian tudung ataupun hijab, niqab dan purdah bukan untuk dijadikan ikutan ataupun fesyen tetapi mestilah kerana Allah SWT dan berdasarkan tuntutan syariat Islam...

Surah An-Nur ayat 30:

Ayat itu bermaksud: ``Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka merendahkan pandangan mereka dan memelihara kemaluan. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam Pengetahuan-Nya tentang apa yang mereka kerjakan.'' (An-Nur 24:30).


Surah An-Nur ayat 31:
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.




Ada Persamaan tidak??? Jadi apakah beza muslimah yang memakai turban dengan MR CONEHEAD???




Lihat Hadis ini untuk penjelasan ...

Diriwayatkan oleh Imam At-Tabari dalam Al-Mu’jamus Saghir dengan sanad soheh bahawa Rasulullah bersabda yang maksudnya; akan datang suatu masa dalam umatku segolongan wanita berpakaian tapi sebenarnya mereka bagai bertelanjang tanpa pakaian.Sanggul mereka ditinggikan bagai goh unta(bonggol).Kutuklah mereka,sesungguhnya mereka itu terkutuk (dikutuk oleh Allah)

Pakaian Sebeginilah yang Dituntut Oleh Islam...


Sedap mata memandang



ayu je kartun ni ^^




Jadi Peringatan buat semua muslimah diluar sana...andai anda takut akan azab yang telah Allah janjikan di hari Akhirat kelak maka berubahlah demi kebaikan bersama....pesanan buat diriku juga...




Wednesday, July 20, 2011

Nabi Yusuf Dan Godaan Zulaikha



DAN wanita (Zulaikha) yang Yusuf tinggal di rumahnya menggoda Yusuf untuk menundukkan dirinya (kepadanya) dan dia menutup pintu-pintu seraya berkata: "Marilah memperlakukan aku dengan baik." Sesungguhnya orang yang zalim tidak akan beruntung. Sesungguhnya wanita itu telah bermaksud (melakukan perbuatan itu dengan Yusuf dan Yusuf bermaksud (melakukan pula) dengan wanita itu andai dia tidak melihat tanda (dari) Tuhannya. Demikianlah, agar kami memalingkan daripadanya kemungkaran dan kekejian. Sesungguhnya Yusuf itu termasuk hamba-hamba yang terpilih. (Yusuf: 23-24)


Zulaikha merupakan isteri kepada pembesar Mesir yang membeli Nabi Yusuf daripada rombongan kalifah yang menjualkan. Zulaikha tertarik dengan ketampanan yang dimiliki oleh Nabi Yusuf. Ketampanan Nabi Yusuf ini juga telah membuatkan Zulaikha jatuh cinta terhadapnya.


Pada suatu hari, Zulaikha berniat untuk menggoda Nabi Yusuf. Ketika itu, suaminya tidak ada di rumah. Zulaikha telah menutup kesemua pintu rumahnya lalu mendekati Nabi Yusuf sambil berkata, "Wahai Yusuf, kemarilah engkau ke sini," ajak Zulaikha.
"Aku berlindung kepada Allah dan memohon keampunan daripada-Nya. Sesungguhnya suamimu telah memperlakukan aku dengan baik," jawab Nabi Yusuf.
Zulaikha tidak mengendahkan kata-kata Nabi Yusuf itu. Zulaikha menghulurkan tangannya untuk memeluk Nabi Yusuf tetapi Nabi Yusuf berjaya mengelakkan dirinya. Nabi Yusuf terus berlalu ke muka pintu. Zulaikha mengejarnya dan sempat menarik baju Nabi Yusuf sehingga terkoyak.


Pintu bilik terus dibuka. Zulaikha amat terkejut apabila melihat suaminya berdiri di muka pintu. Pembesar tersebut memandang mereka dengan wajah yang penuh curiga. Untuk membela dirinya, Zulaikha telah menuduh Nabi Yusuf cuba menggodanya.
"Wahai suamiku, balasan apakah yang patut diberikan kepada orang yang cuba menggoda isterimu?" kata Zulaikha, berpura-pura tidak bersalah.
"Dia yang menggodaku. Aku menolak ajakan isterimu, lantas dia menarik bajuku lalu terkoyak," jelas Nabi Yusuf sebagai membela dirinya.


Pembesar tersebut mendengar penjelasan daripada Zulaikha dan juga Nabi Yusuf. Untuk mendapatkan kebenaran dan keadilan, pembesar itu telah mengambil seorang saksi daripada ahli keluarga untuk mengadili perkara tersebut.
"Jika pakaian Yusuf ini koyak di hadapan, maka kata-kata Zulaikha itu benar dan Yusuf telah berdusta. Tetapi, jika baju itu koyak di belakang, maka Zulaikhalah yang berdusta dan Yusuf bercakap benar," kata wanita itu.


Apabila melihat kepada pakaian Nabi Yusuf itu, maka terbuktilah bahawa Zulaikha yang berdusta dalam perkara itu. Pembesar tersebut meminta maaf dan Nabi Yusuf akhirnya terlepas daripada fitnah yang dilemparkan oleh Zulaikha.

- Petikan daripada buku Untaian 366 kisah daripada al-Quran terbitan Edusystem Sdn. Bhd.

Friday, June 24, 2011

KISAH CINTA NABI MUHAMMAD S.A.W. DAN SITI KHADIJAH R.A.

Surah An-Nur Ayat 26 :


Maksudnya : (Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan- perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang- orang (yang jahat) mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.

Siapakah Siti Khadijah R.A.

Siti Khadijah r.a. ataupun nama sebenar beliau  Siti Khadijah binti Khuwailid bin Asad bin Abdul Uzza bin Qushai merupakan seorang wanita janda, bangsawan,hartawan, cantik dan budiman. Beliau disegani oleh masyarakat Arab Quraisy pada ketika itu. Sebelum mendirikan rumah tangga dengan Rasulullah SAW, Saidatina Khadijah pernah berkahwin sebanyak 2 kali, perkahwinan pertamanya ialah dengan Atiq bin Abid dan perkahwinan keduanya ialah dengan Abu Halah bin Malik. Kedua-duanya meninggal dunia dan menyebabkan Siti Khadijah menjadi janda sebelum bernikah dengan Nabi Muhammad SAW.


Pada suatu hari Siti Khadijah pernah bermimpi melihat matahari turun dari langit, masuk kedalam rumanya serta memancarkan sinarnya merata kesemua tempat sehingga tiada sebuah rumah di kota Makkah luput dari sinarnya. Kemudian Siti Khadijah menemui dan menceritakan tentang mimpinya kepada kepada sepupunya yang berna Waraqah bin Naufal.
Waraqah bin Naufal merupakan seorang lelaki yang berumur lanjut, merupakan ahli mentadbir mimpi dan juga ahli sejarah bangsa-bangsa purba serta mempunyai pengetahuan yang luas tentang ajaran-ajaran yang dibawa oleh nabi-nabi terdahulu.

Warqah berkata : “ Takwil dari mimpimu itu ialah bahawa engkau akan menikah kelak dengan seorang Nabi akhir zaman”.
Lalu khadijah bertanya : “ dari negeri manakah Nabi itu berasal ?”
lalu Waraqah pun menjawab “ Dari Kota Makkah ini”.
khadijah bertanya lagi :“Dari suku apa”
Waraqah pun menjawab kembali “ Dari suku Quraisy juga”
Lalu Khadijah bertanya lebih jauh : “ dari keluarga mana?”
Waraqah menjawab dengan nada menghibur. “Dari keluarga Bani Hasyim, keluarga yang terhormat”
Khadijah terdiam sejenak, Kemudian tanpa sabar meneruskan pertanyaan yang terakhir : “ siapakah bakal nama orang agung itu hai sepupuku?”
Lalu Warqah menjawab :“ Namanya Muhammad SAW. Dialah bakal suamimu”

Khadijah Menawarkan diri:
Lamaran dari khadijah kepada Rasulullah s.a.w
Muhammad Al-Amiin muncul di rumah Khadijah. Wanita usahawan itu berkata
Khadijah: “Hai Al-Amiin, katakanlah apa keperluanmu!” (Suaranya ramah, bernada dermawan. Dengan sikap merendahkan diri tapi tahu harga dirinya)
Muhammad SAW berbicara lurus, terus terang, meskipun agak malu-malu tetapi pasti.
Muhammad SAW: “Kami sekeluarga memerlukan nafkah dari bagianku dalam rombongan niaga. Keluarga kami amat memerlukannya untuk mencarikan jodoh bagi anak saudaranya yang yatim piatu”
(Kepalanya tertunduk, dan wanita hartawan itu memandangnya dengan penuh ketakjuban)
Khadijah: “Oh, itukah….! Muhammad, upah itu sedikit, tidak menghasilkan apa-apa bagimu untuk menutupi keperluan yang engkau maksudkan,”. “Tetapi biarlah, nanti saya sendiri yang mencarikan calon isteri bagimu”.(Ia berhenti sejenak, meneliti).
Kemudian meneruskan dengan tekanan suara memikat dan mengandung isyarat
Khadijah: “Aku hendak mengawinkanmu dengan seorang wanita bangsawan Arab. Orangnya baik, kaya, diinginkan oleh banyak raja-raja dan pembesar-pembesar Arab dan asing, tetapi ditolaknya. Kepadanyalah aku hendak membawamu”.
khadijah (Khadijah tertunduk lalu melanjutkan): “Tetapi sayang, ada aibnya…! Dia dahulu sudah pernah bersuami. Kalau engkau mau, maka dia akan menjadi pengkhidmat dan pengabdi kepadamu”.
Pemuda Al-Amiin tidak menjawab. Mereka sama-sama terdiam, sama-sama terpaku dalam pemikirannya masing-masing. Yang satu memerlukan jawapan, yang lainnya tak tahu apa yang mau dijawab. Khadijah r.a tak dapat mengetahui apa yang terpendam di hati pemuda Bani Hasyim itu, pemuda yang terkenal dengan gelaran Al-Amiin (jujur). Pemuda Al-Amiin itupun mungkin belum mengetahui siapa kira-kira calon yang dimaksud oleh Khadijah r.a.
Rasulullah SAW minta izin untuk pulang tanpa sesuatu keputusan yang ditinggalkan. Ia menceritakan kepada bapa saudaranya...
Rasulullah SAW: “Aku merasa amat tersinggung oleh kata-kata Khadijah r.a. Seolah-olah dia memandang enteng ..lalu Baginda  mengulangi apa yang dikatakan oleh perempuan kaya itu.
‘Atiqah juga marah mendengar berita itu. Dia seorang perempuan yang cepat naik darah kalau pihak yang dinilainya menyinggung kehormatan Bani Hasyim. Katanya: “Muhammad, kalau benar demikian, aku akan mendatanginya”.
‘Atiqah tiba di rumah Khadijah r.a dan terus menegurnya: “Khadijah, kalau kamu mempunyai harta kekayaan dan kebangsawan, maka kamipun memiliki kemuliaan dan kebangsawanan. Kenapa kamu menghina puteraku, anak saudaraku Muhammad?”
Khadijah r.a terkejut mendengarnya. Tak disangkanya bahwa kata-katanya itu akan dianggap penghinaan. Ia berdiri menyabarkan dan mendamaikan hati ‘Atiqah:
Khadijah : “Siapakah yang sanggup menghina keturunanmu dan sukumu? Terus terang saja kukatakan kepadamu bahwa dirikulah yang kumaksudkan kepada Muhammad SAW. Kalau ia mau, aku bersedia menikah dengannya; kalau tidak,aku pun berjanji tak akan bersuami hingga mati”.
Pernyataan jujur ikhlas dari Khadijah r.a membuat ‘Atiqah terdiam. Kedua wanita bangsawan itu sama-sama cerah. Percakapan menjadi serius. “Tapi Khadijah, apakah suara hatimu sudah diketahui oleh sepupumu Waraqah bin Naufal?” tanya ‘Atiqah sambil meneruskan: “Kalau belum cobalah meminta persetujuannya.” “Ia belum tahu, tapi katakanlah kepada saudaramu, Abu Thalib, supaya mengadakan perjamuan sederhana. Jamuan minum, dimana sepupuku diundang, dan disitulah diadakan majlis lamaran”, Khadijah r.a berkata seolah-olah hendak mengatur siasat. Ia yakin Waraqah takkan keberatan karena dialah yang menafsirkan mimpinya akan bersuamikan seorang Nabi akhir zaman.
‘Atiqah pulang dengan perasaan tenang, puas. Pucuk dicinta ulam tiba. Ia segera menyampaikan berita gembira itu kepada saudara-saudaranya: Abu Thalib, Abu Lahab, Abbas dan Hamzah. Semua riang menyambut hasil pertemuan ‘Atiqah dengan Khadijah “Itu bagus sekali”, kata Abu Thalib, “tapi kita harus bermusyawarah dengan Muhammad SAW lebih dulu.”
Khadijah yang cantik
Sebelum diajak bermusyawarah, maka terlebih dahulu ia pun telah menerima seorang perempuan bernama Nafisah, utusan Khadijah r.a yang datang untuk menjalin hubungan kekeluargaan. Utusan peribadi Khadijah itu bertanya:
Nafisah : “Muhammad, kenapa engkau masih belum berfikir mencari isteri?”
Muhammad SAW menjawab: “Hasrat ada, tetapi kesanggupan belum ada.”
Nafisah “Bagaimana kalau seandainya ada yang hendak menyediakan nafkah? Lalu engkau mendapat seorang isteri yang baik, cantik, berharta, berbangsa dan sekufu pula denganmu, apakah engkau akan menolaknya?”
Rasulullah SAW: “Siapakah dia?” tanya Muhammad SAW.
Nafisah : “Khadijah!” Nafisah berterus terang. “Asalkan engkau bersedia, sempurnalah segalanya. Urusannya serahkan kepadaku!”
Usaha Nafisah berhasil. Ia meninggalkan putera utama Bani Hasyim dan langsung menemui Khadijah r.a, menceritakan kesediaan Muhammad SAW. Setelah Muhammad SAW menerimapemberitahuan dari saudara-saudaranya tentang hasil pertemuan dengan Khadijah r.a, maka baginda tidak keberatan mendapatkan seorang janda yang usianya lima belas tahun lebih tua daripadanya.
Betapa tidak setuju, apakah yang kurang pada Khadijah? Ia wanita bangsawan, cantik, hartawan, budiman. Dan yang utama karena hatinya telah dibukakan Tuhan untuk mencintainya, telah ditakdirkan akan dijodohkan dengannya. Kalau dikatakan janda, biarlah! Ia memang janda umur empat puluh, tapi janda yang masih segar, bertubuh ramping, berkulit putih dan bermata jeli. Maka diadakanlah majlis yang penuh keindahan itu.
Hadir Waraqah bin Naufal dan beberapa orang-orang terkemuka Arab yang sengaja dijemput. Abu Thalib dengan resmi meminang Khadijah r.a kepada saudara sepupunya. Orang tua bijaksana itu setuju. Tetapi dia meminta tempoh untuk berunding dengan wanita yang berkenaan.
Pernikahan Rasulullah SAW dengan Siti Khadijah RA

Khadijah r.a diminta pendapat. Dengan jujur ia berkata kepada Waraqah: “Hai anak bapa saudaraku, betapa aku akan menolak Muhammad SAW padahal ia sangat amanah, memiliki keperibadian yang luhur, kemuliaan dan keturunan bangsawan, lagi pula pertalian kekeluargaannya luas”.

“Benar katamu, Khadijah, hanya saja ia tak berharta”,ujar Waraqah.

“Kalau ia tak berharta, maka aku cukup berharta. Aku tak memerlukan harta lelaki. Kuwakilkan kepadamu untuk menikahkan aku dengannya,” demikian Khadijah r.a menyerahkan urusannya.
Waraqah bin Naufal kembali mendatangi Abu Thalib memberitakan bahwa dari pihak keluarga perempuan sudah bulat mufakat dan merestui bakal pernikahan kedua mempelai. Lamaran diterima dengan persetujuan mas kahwin lima ratus dirham. Abu Bakar r.a, yang kelak mendapat sebutan “Ash-Shiddiq” sahabat akrab Muhammad SAW. sejak dari masa kecil, memberikan sumbangan pakaian indah buatan Mesir, yang melambangkan kebangsawaan Quraisy, sebagaimana layaknya dipakai dalam upacara adat istiadat pernikahan agung, apalagi karena yang akan dinikahi adalah seorang hartawan dan bangsawan pula.Peristiwa pernikahan Muhammad SAW dengan Khadijah r.aberlangsung pada hari Jumaat, dua bulan sesudah kembali dari perjalanan niaga ke negeri Syam.

Bertindak sebagai wali Khadijah r.a ialah bapa saudaranya bernama ‘Amir bin Asad, sedang Waraqah bin Naufal membacakan khutbah pernikahan dengan fasih,disambut oleh Abu Thalib sebagai berikut:”Alhamdu Lillaah, segala puji bagi Allah Yang menciptakan kita keturunan (Nabi) Ibrahim, benih (Nabi) Ismail, anak cucu Ma’ad, dari keturunan Mudhar.

“Begitupun kita memuji Allah SWT Yang menjadikan kita penjaga rumah-Nya, pengawal Tanah Haram-Nya yang aman sejahtera, dan menjadikan kita hakim terhadap sesama manusia.

“Sesungguhnya anak saudaraku ini, Muhammad bin Abdullah, kalau akan ditimbang dengan laki-laki manapun juga, niscayalah ia lebih berat dari mereka sekalian. Walaupun ia tidak berharta, namun harta benda itu adalah bayang-bayang yang akan hilang dan sesuatu yang akan cepat perginya. Akan tetapi Muhammad SAW, tuan-tuan sudah sama mengenalinya siapa dia. Dia telah melamar Khadijah binti Khuwailid. Dia akan memberikan mas kahwin lima ratus dirham yang akan segera dibayarnya dengan tunai dari hartaku sendiri dan saudara-saudaraku.

“Demi Allah SWT, sesungguhnya aku mempunyai firasat tentang dirinya bahwa sesudah ini, yakni di saat-saat mendatang, ia akan memperolehi berita gembira (albasyaarah) serta pengalaman-pengalaman hebat.

“Semoga Allah memberkati pernikahan ini”.

Penyambutan untuk memeriahkan majlis pernikahan itu sangat meriah di rumah mempelai perempuan. Puluhan anak-anak lelaki dan perempuan berdiri berbaris di pintu sebelah kanan di sepanjang lorong yang dilalui oleh mempelai lelaki, mengucapkan salam marhaban kepada mempelai dan menghamburkan harum-haruman kepada para tamu dan pengiring.

Selesai upacara dan tamu-tamu bubar, Khadijah r.a membuka isi hati kepada suaminya dengan ucapan: “Hai Al-Amiin, bergembiralah! Semua harta kekayaan ini baik yang bergerak mahupun yang tidak bergerak, yang terdiri dari bangunan-bangunan, rumah-rumah,barang-barang dagangan, hamba-hamba sahaya adalah menjadi milikmu. Engkau bebas membelanjakannya ke jalan mana yang engkau redhai !”

Itulah sebagaimana Firman Allah SWT yang bermaksud:”Dan Dia (Allah) mendapatimu sebagai seorang yang kekurangan, lalu Dia memberikan kekayaan”.(Adh-Dhuhaa: 8) Alangkah bahagianya kedua pasangan mulia itu, hidup sebagai suami isteri yang sekufu,sehaluan, serasi dan secita-cita

Inilah cerita cinta diantara Nabi Muhammad SAW..dan isteri baginda Saidatina Khadijah R.A. yang patut kita contohi.

Saturday, June 11, 2011

Jarak Dan Ruang Dalam Memelihara Hubungan


Jarak Dan Ruang Dalam Memelihara Hubungan

Assalamualaikum W.B.T…

“ Cinta itu bahasa setiap hati. Tidak boleh dijual beli kerana sangat berharga dan percuma ia, seperti mangis dan misteri yang manis”

~Helen Steiner Rice~

Remaja pada masa kini, bercinta umpama belangkas..ke sana dan ke mari tanpa mahram dan tanpa ikatan yang sah…kerana ..setiap yang berdua pasti ada yang ketiga…ini juga merupakan nasihat dan peringat kepada anda sebagai pembaca dan juga kepada diri saya juga..Harus kita ingat bahawa jika bertunang sekalipun bukan merupakan lessen untuk berdua-dua tanpa mahram, dan harus diingat bahawa kehadiran mahram itu bertujuan untuk mengelakkan berlakunya maksiat ..Allah SWT berfirman di dalm surah Al-Hijr ayat 39


قَالَ رَبِّ بِمَا أَغْوَيْتَنِي لَأُزَيِّنَنَّ لَهُمْ فِي الْأَرْضِ وَلَأُغْوِيَنَّهُمْ أَجْمَعِينَ . إِلَّا عِبَادَكَ مِنْهُمُ الْمُخْلَصِينَ

Iblis berkata, “Wahai Robbku, disebabkan engkau telah memutuskan bahwa aku sesat, (maka) akan aku perindah[2] bagi mereka (keturunan Adam) apa yang ada di muka bumi dan pasti akan aku sesatkan mereka semua, kecuali hamba-hambaMu yang mukhlashin[3]”. (QS : Al Hijr [15] : 39-40).

Justeru itu, mengapa harus memilih maksiat jika jalan pernikahan itu yang sememangnya halal sudah terbentang luas di hadapan mata…tepuk hati tanyalah iman…

Saya ingin memetik isi kandungan daripada buku “Memahami Bahasa Cinta Lelaki” yang ditulis oleh Zambri Mohammad yang menyatakan…” Dalam beberapa keadaan, wujud pasangan bercinta sebelum perkahwinan yang mencipta ruang dan jarak yang agak jauh. Bukan bermakna mereka tidak suka antara satu sama lain, tetapi ia disifatkan sebagai jarak selamat untuk masing-masing saling berinteraksi. Malah dalam membentuk jarak selamat, kehadiran seorang mahram memainkan peranan penting.”

Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhu,juga meriwayatkan bahawasanya Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Salam bersabda (maksudnya),
“Janganlah seorang lelaki dan seorang wanita berdua-duaan bersama melainkan jika ditemani oleh mahramnya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 3006)

Juga melalui hadis berikut (maksudnya),

“Janganlah seorang lelaki dan seorang wanita berdua-duaan bersama kerana Syaitan akan hadir sebagai orang ketiga.” (Hadis Riwayat Ahmad, al-Musnad, 1/18)

Justeru itu kita dapat melihat bahawa bertapa pentingya jarak dalam sesuatu perhubungan demi menjaga kepentingan masing-masing dan demi untuk menjauhkan diri daripada maksiat….justeru itu !!!

“Jangan sesekali membiarkan hanya seorang lelaki dan seorang perempuan berjumpa tanpa mahram disisi mereka, ianya ditegah dengan sebuah hadith sahih mengenainya, (Sesungguhnya yang ketiga daripada keduanya ialah syaitan), tidak patut membiarkan api dan kayu bersama (makin ‘terbakar’ la kalau dibiarkan berdua). Yang patut diambil berat juga ialah kaum keluarga terdekat, seperti ayah mertua, ipar dan sesiapa pun yang bukan mahramnya daripada berduaan.”