CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Islamic Widget

Wednesday, May 25, 2011

Perkahwinan Simbolik Kejayaan Cinta

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Assalamualaikum W.B.T.

Entry pada hari ini merupakan adaptasi daripada sebuah buku yang dicadangkan oleh seorang sahabat saya ketika menyertai Pertandingan Debat Perdana Intergriti 2011 di UUM, tajuknya

Memahami Bahasa Cinta Lelaki


Perkahwinan Simbolik Kejayaan Cinta

“ Tidak didapati kasih sayang antara dua orang yang berkasih sayang seperti di dalam perkahwinan “

~Nabi Muhammad Oleh Ibn Majah~


Kesempurnaan cinta hanya dapat diterjemahkan melalui perkahwinan. Kita menggambarkan perkahwinan sebagai kejayaan pasangan dalam menempuhi cabaran bagi mematangkan kasih sayang dan bersedia membawanya kea rah masa hadapan yang lebih jauh dengan semangat jiwa yang baru.

Simbolik perkahwinan menandakan kita mempunyai nilai motivasi yang tinggi dan tanggungjawab. Ia bukan sahaja pada diri sendiri tetapi juga pada orang yang dicintai dengan memelihara maruah dan hak bersama dalam satu ikatan yang direstui.

Betapa hebatnya perkahwinan yang menyempurnakan nilai cinta yang dibina. Ia adalah pembuka kepada episod baru dalam kehidupan dan menjadi jawapan pada cabaran-cabaran yang dihadapi bagi mengekalkan perasaan cinta supaya sentiasa segar dimata kekasihnya. Kata pujangga, cinta antara dua manusia demi meraih cinta Tuhan. Maka inilah perjuangan yang perlu diteruskan lagi sehingga akhir hayat. Cinta menjadikan manusia berani memperjuangkan kebenaran.


Dalam kisah yang dicaerikan pada zaman Nabi Muhammad, apabila kaum Muslimin mendengar khabar mereka dicerobohi dan diperangi, maka para isteri menyediakan pakaian perang untuk suami dan menanti di hadapan pintu rumah dengan setia bagi menyarungkannya di tubuh orang yang dikasihi. Itulah nilai cinta yang padu, menjadikan manusia berani dan mempunyai perjalanan hidup yang jelas.


Apabila percintaan dijadikan permainan manusia mula mencongak-congak bilakah ia perlu berakhir, sedangkan masa semakin berlalu. Galakan perkahwinan dan galakan hidup secara berpasangan banyak disebut di dalam Al-Quran dan hadis,

~~Dalam Surah An-Nur ayat 32~~

Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang salih dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya, kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.

~~Dalam Surah Al-Furqan ayat 74~~

Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang- orang) yang berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.

Tarmizi meriwayat Nabi Muhammad S.A.W pernah bersabda : “ apabila orang yang kamu redhai akhlaknya dan agamanya datang melamar, maka kahwinlah dia. Sekiranya kamu tidak lakukan perkara itu, maka akan berlaku fitnah dan kerosakan di muka bumi.

Perkahwinan adalah tanda keakraban dan kesempurnaan buat dua manusia yang berbeza dan disatukan dalam satu ikatan. Melalui perkahwinan, manusia lebih menghargai,mengembangkan potensi diri dan memahami fenomena bahasa cinta.

" bukanlah ia dipanggil loceng melainkan seseorang membunyikannya. bukan ia dipanggil lagu sehinggalah ada yang mendendangkannya. cinta bukan sekadar terletak di dalam hati, bukanlah cinta dipanggil cinta sehingga anda memberikannya"

~Ikhide Oshoma~

0 comments: