CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Islamic Widget

Sunday, January 22, 2012

Wanita Di Dalam Agama

Kedudukan dan Martabat Wanita melalui Agama...

Didalam Al-Quran dan hadis :

Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: “...dan bergaullah dengan mereka (isteri-isteri) 
dengan pergaulan yang baik...” (Surah An-Nisa’: 19)


Firman Allah s.w.t. di dalam Al-Qur’an lagi yang bermaksud: “...dan para wanita (isteri)
mempunyai hak yang seimbang dengan kewajipannya menurut cara yang makruf (baik)...” 
(Surah Al-Baqarah: 228)


Rasulullah s.a.w. juga pernah ditanya: “Apakah hak seorang isteri atas suaminya?” 
Rasulullah s.a.w. pun menjawab: “Engkau memberikannya makan jika engkau makan, 
engkau memberinya pakaian jika engkau berpakaian, dan janganlah engkau memukul 
mukanya, atau menghinanya (menyatakan bahawa dia tidak cantik dan sebagainya) dan 
janganlah engkau meninggalkannya kecuali di tempat tidur” ( Hadis Hasan yang diriwayatkan
 oleh Abu Daud r.h.l.)

Rasulullah s.a.w. bersabda lagi yang bermaksud: “Kewajipan kamu (suami) ke atas isteri 
adalah dengan berbuat baik kepadanya, memberi makanan dan pakaian kepadanya.”
(Hadis Sahih yang diriwayatkan oleh At-Tirmizi r.h.l.)
Jelaslah bahawa, ajaran-ajaran Islam menitikberatkan soal penjagaan terhadap wanita dan 
meletakkan hak-hak yang tinggi dan mulia kepada bagi wanita, yang tidak ada pada agama-
agama selain daripada Islam



Kedudukan Wanita dalam Perbandingan Agama:





Dalam konteks agama Hindu, status wanita mempunyai kontroversi. Di dalam kitab suci 
Manu Smriti yang menjelaskan tentang undang-undang agama Hindu disebutkan: “Jangan
percaya pada wanita. Jangan duduk berseorangan dengan wanita walaupun dia ibumu, anak 
perempuanmu, atau anak saudaramu, kerana mereka akan menggodamu.”




Dalam Manu Smriti 7:416-417 dijelaskan: “Seseorang isteri, anak dan hamba tidak boleh 
memiliki sebarang harta. Harta yang mereka peroleh adalah milik tuan (lelaki) yang 
menguasau mereka.” Dalam kitab yang sama juga menegaskan bahawa: “Tidak ada 
kemerdekaan bagi wanita dalam masyarakat.”





Dalam agama Judaisme (Yahudi) pula, banyak ajaran-ajaran yang menghina kedudukan 
kaum wanita. Contohnya, dalam Perjanjian Lama ia menyebut: “Tidak ada kejelikan yang 
setanding kejelikan wanita... Dosa bermula daripadanya dan kerananya kita terpaksa mati.” 
(Ecclesiasticus: 19 dan 24)



Dalam Talmud San. 71a, Git. 62b menegaskan bahawa: “Bagaimana seseorang wanita boleh
memiliki apa-apa kerana apa saja yang dimilikinya adalah milik suaminya.”



Dalam agama Kristian pula, Hawa dianggap sebagai punca kesalahan Nabi Adam a.s. maka 
Hawa dihukum. Jesteru itu, wanita diarahkan supaya sentiasa tunduk kepada lelaki.

0 comments: